Thursday 31 October 2013

Promosi Oktober 2013 : Collagen Powder Shaklee



Bagi anda yang nak nampak cantik dan sentiasa gebu, apa kata cuba Collagen Powder Shaklee ni sekarang. Kenapa ye?

Sebab bulan Oktober 2013 ni ada promosi Collagen Powder Shaklee ni. Jangan lepaskan peluang promosi hebat dari Shaklee ni....apa tunggu lagi...jom kita serbuuuuuuuuuuu..........

Antara kelebihan Collagen Powder Shaklee ialah

  1. Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan ~ 75%
  3. Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan ~ 69%
  5. Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  6. Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti ~ 55%
  7. Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  8. Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit ~ 50% Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan-kedutan

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331


Wednesday 9 October 2013

Tips : Amalkan pengambilan air yang banyak.



Hari ni nak share satu info yang sangat berguna kepada kita semua. Jangan abaikan pengambilan air dan jika minum air pada waktu-waktu tertentu ada manfaatnya.


Diharap dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jom kawan2 amalkan pengambilan air untuk kesihatan yang lebih berkualiti. :)


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Monday 7 October 2013

Tips : Panduan makan lewat malam


Makan lewat malam memang dah menjadi kebiasaan sebab kadang kala kita dinner seawal 6-7 petang so bila dah lewat malam dan banyak keje nak dibuat perut jadi lapar. Walaubagaimanapun ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. 

Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Apabila bercakap tentang snek sihat, burger dan ayam goreng tidak termasuk dalam senarai ini. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak tinggi harus dielakkan kerana ia hanya akan memberikan kesan negatif kepada anda. So elakkan maggi.. twisties dan jajan2 lain.. coklat..

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena

Yogurt
Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.


Pisang
Kalau anda nak tahu, kandungan karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita untuk berehat. (Lepas ni nak ambik pisang banyak2 lah kt kampung...huhuhu).


Roti gandum
Banyak khasiat yang boleh kita dapati daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad segar dan daging tanpa lemak mampu memberikan kesan kenyang dalam tempoh yang lama.


Pelbagai buah-buahan segar
Tidak dapat dinafikan, buah-buahan segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek.


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Sunday 6 October 2013

7 Makanan untuk Rasa Gembira


Terdapat banyak cara untuk mencari kebahagiaan. Contohnya memelihara haiwan, meditasi dan sebagainya. Menurut Dr. Drew Ramsey, pembantu profesor klinikal psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Columbia, makanan juga memainkan peranan dalam menentukan emosi gembira.

"Pilihan makanan akan menentukan kesihatan minda"  Dr. Drew Ramsey

Mengambil makanan berasaskan warna pelangi bukan sahaja untuk awet muda dan tubuh sihat tetapi juga merangsang fungsi sel otak dan rasa gembira. Berikut disenaraikan Happy Meal sebenar. :)

Bunga kubis ungu
Kaya dengan vitamin B6 dan asid folik yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan neurotransmiter seperti serotonin dan dopamin. Paras serotonim yang r endah sering ditemui pada pesakit yang murung.


Walnut
Tinggi dengan asid oleik yang secara jelas dikaitkan dengan penurunan risiko depresi selain membantu penghadaman.

Tiram
Afrodisiak ini hadir dengan kandungan B12 yang cukup tinggi berperanan melindungi myelin - bahan yang menebat sel otak. Kehadirannya penting untuk membolehkan neuron berhubungan antara satu sama lain, yang menjadi asas untuk anda berfikir dan membuat keputusan.


Kacang merah
Selain merupakan antioksidan yang lebih kuat berbanding beri biru, kacang merah kaya dengan zat besi yang penting bagi mengelakkan gangguan otak.

Ikan bilis
Kaya dengan DHA, lemak omega-3 yang paling banyak terdapat dalam otak. Otak kita menggunakannya untuk menghasilkan hormon yang mencegah keradangan dan melindungi sel otak sewaktu anda stres. Paras yang rendah dikaitkan dengan kemurungan, gangguan bipolar dan ADHD.

Ubi manis
Akar berwarna oren ini mengandungi lebih banyak beta karoten berbanding lobak merah - vitamin yang dikaitkan dengan penurunan risiko demensia (nyanyuk). Ia juga kaya dengan B6, kompaun yang semakin banyak digunakan untuk merawat gangguan emosi.

Yogurt penuh lemak
Di samping probiotik, yogurt dikesan menunjukkan pengurangan aktiviti sel otak yang dikaitkan dengan kerisauan. Versi rendah lemak ternyata tidak memadai kerana kandungan lemak dalam yogurt akan bertindak sebagai perangsang otak yang sihat.

Kredit: iSihat (Oktober 2013)


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Friday 4 October 2013

Kenapa Zinc Complex Shaklee diambil SEBELUM MAKAN?


Biasanya kalau makan ubat atau vitamin kebanyakannya diambil SELEPAS makan. Tapi Zinc Complex Shaklee disyorkan dimakan SEBELUM makan (1/2 jam atau sejam sebelum makan). Kenapa ya? Di sini ada jawapannya.

  • Dalam proses pencernaan normal, zinc boleh musnah atau terkeluar atau terikat dengan bahan lain.
  • Bahan yang kita makan seperti susu, roti atau bijirin lain ada satu kandungan yang dipanggil phytates. Phytates ini akan ikat zinc yang kita ambil yang mana akan ganggu proses penyerapan zinc dalam badan kita.
  • Kalau kita ambil roti dan susu, phytates ini akan secara aktifnya serap zinc dan secara automatiknya bioavailability zinc ini akan menurun. So vitamin yang kita makan tu tiada kesan pada badan kita.
  • Perut kita ada asid. Asid perut boleh melarutkan zinc dengan cepat bila perut kosong. Jadi senang nutrisi dan mineral dari zinc menyerap dalam badan kita.
Semoga penerangan berikut memberi manfaat kepada anda.
Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes