Monday 30 September 2013

Promosi September 2013 : COQHealth Plus



Promosi Shaklee bagi bulan September 2013 ialah COQHealth Plus. COQHealth Plus ini bagus bagi anda yang mementingkan kesihatan jantung.

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran 28g CoQ10Vitamin E serta ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi penguraian maksimun dan penyerapan yang lebih baik. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQHealth.
  • Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 yang merupakan nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
  • CoQ10 membantu mengukuhkan otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah sekali gus memperbaiki aliran darah.
  • CoQ10 bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.
  • CoQ10 membantu dalam masalah kesuburan lelaki dan wanita.
Bagi setiap pembelian 6 botol percuma 1. Jom dapatkan segera sementara promosi harga runtuh September ini.

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Thursday 26 September 2013

Tingkatkan kesihatan hati anda bersama Nutriferon dan DTX Complex


Berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyatnya. Di Malaysia pula, 1 per 20 penduduk dikesan mengidap penyakit berkaitan hati. Ini menunjukkan penyakit hati kini berada dalam komuniti kita tak kira umur, status dan sebagainya.

Fungsi hati adalah antaranya:
  • Menapis, menyahtoksik darah, protien
  • Membantu dalam pembekuan darah
  • Menyimpan sesetengah vitamin, mineral
  • Mengawal atur hormon
  • Membantu menentang jangkitan mikroorganisma yang menjadi punca penyakit
  • Membantu menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang memain peranan utama dalam proses detoksifikasi dengan memetabolismekan dan memisahkan dadah, alkohol dan pelbagai toksin yang diserap tubuh
Bagi meningkatkan tahap kesihatan hati, adalah digalakkan mengambil Nutriferon dan DTX Complex bagi mengekalkan kesihatan hati secara semula jadi.


DTX Complex 
  • Kandungan utama ialah ekstark biji pokok milk thistle yang berupaya menyokong badan dalam menghasilkan protien bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • Mengandungi ekstrak Schizandra (jenis buah beri), cendawan Reishi (herba yang kaya dengan antioksidaa), dandelion, kunyit serta articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Nutriferon
  • Meningkatkan interferon (protien yang dihasilkan dan dibebaskan oleh sel perumah sebagai tindakbalas kehadiran patogen seperti virus, bkteria, parasit atau sel barah) semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindakbalas imun badan.
  • Adunan empat ramuan botani iaitu ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) yang mendorong pengeluaran interferon.
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun.
  • Bunga Safflower (Carthamus tinchtoris) polisakarida yang mendorong pembangunan makrofaj sejenis sel darah putih dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang digunakan dalam perubatan Asia. 

Kredit: iSihat (Oktober 2013)

Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Nutriferon Shaklee tingkatkan imun badan anda



Nutriferon Shaklee telah dicipta oleh Pakar Imum, Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau telah mencipta Nutriferon selepas beberapa lai menjalani ujikaji penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. Nutriferon mengandungi satu campuran bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Nutriferon boleh menggantikan panadol yang biasa anda gunakan sebelum ini. Nutriferon bukan sahaja bagus untuk demam, selsema, angin tetapi juga mengandungi 1001 khasiat lain yang perlu anda tahu. Khasiat lain bagi Nutriferon ialah:


Cara pengambilan
  • Satu minggu sekali sahaja untuk anda yang sihat atau
  • Satu paket sehari (atau/jika perlu), di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.

KHASIAT
PENERANGAN
Menguatkan sistem imun dalam 3 hari
Satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.Jadi dapat membantu:- 
a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang
b.    Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit melebihi seminggu
c.    Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

Melawan kanser dan tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C

Melindungi terhadap influenza
Ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan
Membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif
Kelewatan Penuaan
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat
Masalah Menopaus
Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain

Membantu masalah PMS

Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi



Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Tuesday 24 September 2013

Peppermint Ginger Plus : Khasiat yang perlu anda tahu



Adakah anda 
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Apa kata cuba vitamin Peppermint Ginger Plus ini kerana vitamin ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan.

Untuk makluman, halia adalah merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina juga merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Berikut adalah kandungan herba di dalam Peppermint Ginger Plus

BAHAN
PENERANGAN
Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.
Cekur manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut
Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi
  • Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.
Pokok Adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Wednesday 18 September 2013

Apa itu penyakit Gout dan penawarnya




Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.

Tanda penyakit Gout
  • Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
  • Demam gred rendah
  • Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
  • Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Elakkan makanan berikut
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan Makan makanan berikut
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans dan peas
  • Roti jagung dan bijirin

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Anda juga dicadangkan untuk mengambil supplement berikut bagi mengurangkan kesan serangan gout.

Alfalfa ~ Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Anda perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

Performance Drink ~ Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox.

OmegaGuard ~ Mengelakkan keradangan sendi


Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Saturday 14 September 2013

Amalkan vitamin Shaklee untuk atasi masalah keletihan


Sumber gambar: Google
Anda mengalami selalu penat?...Keletihan?.....Sering mengantuk?.....Tugas harian di pejabat pastinya menyebabkan badan kita sering keletihan terutama pada wanita yang bekerja...Balik dari kerja terkejar-kejar pula nak memasak untuk keluarga dan melayan karenah anak...Kaum bapa juga tidak terkecuali.....balik kerja badan pasti penat dan lesu.....terutama bagi kerja yang banyak sangat mengadap komputer....badan, mata semuanya letih dan lesu...

Bagi anda yang masih tercari2 vitamin yang sesuai untuk mengatasi masalah keletihan yang melampau tu bolehlah cuba vitamin Shaklee iaitu B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan ESP.


B-Complex

  • Terdiri daripaa 8 jenis vitamin B yang bekerja bersama-sama untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisme penghailan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel.
  • B-Complex juga dikenali dengan vitamin anti-stress. Sesuai untuk pelajar dan bagi anda yang bekerjaya yang sentiasa stress dengan kerja dan assignment.



Vitamin C

  • Bekalan Vitamin C yang berterusan amat penting bagi menyokong segala proses dalam badan.
  • Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Sesuai bagi anda yang kekurangan Vitamin C yang menyebabkan badan kelihatan letih dan lesu.

Vitalea
  • Mengandungi kesemua 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron.
  • Membanti dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta katotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.


ESP
  • Protien sihat yang memberikan tenaga berterusan dan sifatnya yang rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama.



Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 6888 266
          Fanpage : Vitamin Sihatku
           www.vitaminsihatku.blogspot.com
         ID Shaklee : 907331

Thursday 12 September 2013

Set Untuk Pelajar : Otak Cergas dan Pintar bersama Shaklee


Sumber gambar : Google
Shaklee ni bukan hanya untuk wanita, tetapi juga sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki, kanak-kanak, muda, tua dan juga pelajar.

Menjadi seorang pelajar memang memerlukan kita untuk sentiasa bertenaga dan sihat bagi memastikan otak yang cergas. Bila otak dah cergas barulah boleh dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tak dinafikan, dengan pola pemakanan zaman sekarang, pelajar memang perlukan supplemen yang baik untuk pertumbuhan otak yang cergas dan sihat.

Sebelum mengenali Shaklee, masa zaman menjadi pelajar dulu ayah saya selalu bekalkan kami adik beradik dengan kismis untuk kecergasan minda dan kita memang dah maklumkan dengan khasiaht kismis ni..Tak boleh disangkal lagi..:)  N now, bila dah kenal Shaklee ni, saya nak syorkan kepada pelajar di luar sana, selain mengamalkan pemakanan yang sihat sepertimana yang diamalkan oleh Nabi seperti kismis, kurma dan sebagainya, Shaklee juga adalah alternatif dan pilihan yang terbaik. Nak amalkan semuanya pun bagus....tiada kesan sampingan n tak rugi pun kan...



VITAMIN
PENERANGAN
OmegaGuard
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll.
  • EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.
  • Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang
B-Complex
  • Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Anti stress (sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran posistif
  • Melahirkan wajah yang cantik bersih dan tidak kusam
Lecithin
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.
  • 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin. 


Berminat?
Hubungi, Watsapp atau SMS saya di 012- 6888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes