Friday 30 November 2012

Promosi Bulan November Alfalfa Complex!


Tawaran hebat bulan November 2012 bagi vitamin Alfalfa Complex. Jangan lepaskan peluang keemasan ni.....Beli 6 dapat free 1...Saper nak bagikan...Lagipun Alfalfa ni boleh tahan 2-3 bulan bergantung kepada cara penggunaannya.

Ada banyak khasiat Alfalfa ni...selain membanyakkan susu ibu yang sedang menyusukan bayi, alfalfa juga membantu bagi wanita yang ada masalah keputihan. Terdapat banyak lagi khasiat kalau nak nyatakan kt sini. Untuk maklumat lanjut tentang Alfalfa ni boleh rujuk entri saya yang lepas.

Alfalfa ni datang dengan 2 saiz iaitu S(330 biji) dan L(700 biji). Boleh pilih nak yang mana satu. Boleh hubungi saya untuk harga yang ditawarkan.

Jangan biarkan masalah terus membelenggu anda. Di sini ada penyelesaiannya.....CUBALAH!

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Thursday 29 November 2012

Testimonial Alfalfa Shaklee

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam enrti sebelum ini, Alfalfa ni memang bagus bagi siapa yang belum mencubanya lagi....Ada banyak testimonial daripada customer pasal alfalfa ni....Saya sendiri dah cuba dan merasai kehebatan alfalfa ni.......

Alfalfa selesaikan masalah sembelit

alfalfa, atasi masalah sembelit, keputihan, resdung

Jom kita baca testomonial customer lain tentang kehebatan alfalfa ni:

Alfalfa hilangkan keputihan

credit

 Alfalfa bantu masalah resdung

Testimonial 1 credit
Ni saya sendiri la. saya ada simptom yg macam sinus camtu, salu sakit kat dahi dan rasa selesema sampai sakit satu badan. benda ni dah lama tak kena sejak saya amik alfalfa.
last week sy stop alfalfa sbb rashes tu, dermatologist suh stop semua jenis herbs termasuk alfalfa. warghh menderita daku sakit kepala, hidung berair, badan penat...
lalu saya amik semula start malam td sebab dah tak tahan (patut kene stop for a week). alhamdulillah hari ni dah OK sikit. kalo x duk rasa nk tido je :) 


Testimonial 2 (Pengalaman saya sendiri)
Pengalaman saya sendiri. Sedar tak sedar saya perasan yang saya dah tak gosok2 hidung lagi bila bangun tidur..selalu tu asal sejuk jer saya rasa gatal2 hidung. Sekarang semua tu dah tak ada lagi.


So, anda bila lagi?...Ada masalah berikut? Jangan dibiarkan. Cubalah ubati penyakit tu....Tak rugi kalau anda dapatkannya satu hari ni....:)



Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 013-2675842
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Saturday 24 November 2012

Alfalfa atasi masalah sembelit

Apa itu sembelit?

Biasanya sembelit ni terjadi bila kita menghadapi kesukaran untuk membuang air besar iaitu buang air besar yang kurang daripada 3 kali seminggu yang diikuti dengan sakit sewaktu buang air besar. Kebiasaannya najis adalah kerasa dan berketul dan kering.

Masalah sembelit biasanya adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).

Sebab-sebab terjadinya sembelit

1. Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
2. Selalu menahan diri daripada membuang air besar
3. Kurang bersenam atau pergerakan (bersukan membantu pergerakan najis keluar dengan lebih cepat daripada usus)
4. Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi wanita yang mengandung, hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit disamping janin yang menekan usus.
5. Kurang makan makanan pelawas seperti sayuran dan buah-buahan. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia keluar melalui najis.Serat/pelawas ini mampu menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus (rektum).

Macammana nak hilangkan sembelit? Perkara yang anda perlu amalkan ialah jangan abaikan amalkan minum air dan mengambil sebanyak mungkin makanan yang mengandungi serat. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Mesti anda tak nak menderita dengan sakit sembelit sepanjang hidup kerana kadang-kadang sembelit ni boleh menyebabkan kita trauma nak ke toilet sebab takut dengan sakit dan kadang2 keluar bersama darah.

Di Shaklee, kami juga ada penyelesaian masalah sembelit ni dengan mengambil vitamin Alfalfa. Alfalfa boleh membantu anda yang menghadapi masalah sembelit. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran harga promosi bulan November 2012 bagi Alfalfa.

alfalfa, masalah sembelit, healing crisis

Testimonial saya sendiri:

Setelah menggunakannya selama seminggu, saya telah mendapat kesannya di mana saya tidak menghadapai kesukaran untuk membuang air besar lagi. Alhamdulillah. Cuma di awal pengambilannya saya mengalami healing crisis yang normal (demam). 




Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331



Tuesday 13 November 2012

Anda alami Healing Crisis? Jangan panik.

Pernah tak anda mengalami simptom2 seperti demam, sakit badan dan sebagainya selepas mengamalkan apa2 vitamin atau supplement? Jangan panik atau risau kerana semua itu adalah dinamakan healing crisis atau proses penyembuhan.


Apa itu Healing Crisis?

Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.


Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.


Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Anda boleh ibaratkan badan anda tu seperti tangkip yang berkarat. Bila kita bersihkan karat tu akan keluar karat2 tu semua dan akhirnya barulah keluar air yang bersih. Itulah ibaratnya badan kita ni. Badan kita akan keluarkan semua toksin2 yang bahaya. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.


Macammana pula kita nak kurangkan kesan healing crisis tu? 

Okaylah saya bagi contoh. Bila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air tu, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air yang banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. So, kalau anda alami healing crisis selepas mengamalkan vitamin Shaklee, amalkan minum air dengan kadar yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari. Insya allah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan. Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.

Sekiranya ada baru mengamalkan vitamin ni boleh ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi kurangkan healing crisis tu.

Proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan.

Berikut adalah healing crisis dan penyebabnya:

Tanda Krisis Penyembuhan
Penyebab

Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Note : Minum air sebanyak mungkin bagi mengurangkan kesan healing crisis anda. :)


Sunday 11 November 2012

5 perkara yang perlu dilakukan ketika pengambilan vitamin Shaklee

Pengambilan vitamin adalah perlu bagi menjamin kesihatan badan yang berterusan. Namun adakalanya apa yang kita makan itu tidak memberi kesan ke atas badan kita. Kenapa? Berikut adalah 5 perkara yang perlu anda lakukan ketika pengambilan vitamin Shaklee supaya anda akan mendapat manfaat daripada pemakanan vitamin tersebut.


1. Banyakkan pengambilan air kosong
Anda disarankan mengamalkan pengambilan air kosong yang banyak ketika mengamalkan pengambilan  vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan makan vitamin ketiak hendak tidur sedangkan pada masa itu, kita kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu -satu masa. Ia juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Sekiranya anda makan ubat yang diberikan oleh doktor bagi tujuan pemantauan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak kerana ini akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Sebaik-baiknya, sediakan jadual makan ubat yang diberikan doktor dan vitamin. Boleh jarakkan pemakanan vitamin tersebut 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafien 
Pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum minuman yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan kafien bagi mengelakkan vitamin rosak.


5. Pantang larang makan vitamin
Pengambilan multivitamin yang lengkap degan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu kerana akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E  oleh tubuh badan manusia. Pengambilan alfalfa juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.



Apa itu Antioksidan?


Antioksidan adalah penawar semulajadi kepada ancaman radikal bebas. Antikoksidan adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkirkan radikal bebas yang akan menguatkan kerahanan sel anda. Ianya juga membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan oleh radikal bebas.

Antioksidan juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan di samping membuatkan kita sentiasa kelihatan muda remaja. Dengan erti kata lain, antioksidan berkesan sebagai penghapus radikal bebas sehingga mereka sering dapat mengatasi sesuatu masalah sebelum apa-apa kerosakan molekul berlaku.

Antioksidan juga memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ianya menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisma pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisma lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Sumber makanan yang mengandungi antioksidan ialah betik, ubi keledek, tembikai, sayur-sayuran hijau, strawberi, brokoli, kubis, bayam, apple, kismis, bawang putih, bawang merah, lada hitam jambu batu dan lain-lain.

Saturday 10 November 2012

Bahaya Radikal Bebas




Apa itu Radikal Bebas?

Radikal bebas ialah bendasing yang wujud di dalam sel-sel badan kita disebabkan oleh proses pengoksidaan semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Radikal bebas juga terhasil disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat dan terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih seperti pemakanan yang tidak seimbang. (Makanan berlemak, bergoreng,hangus), bahan kimia toksik (Racun serangga dll), asap rokok, bahan awet, tekanan emosi (stress) dan sebagainya.

Sedar tak sedar sebenarnya radikal bebas ni ada di mana-mana dalam udara yang kita sedut, makanan yang kita makan, air yang kita minum dan sebagainya. Antara makanan yang tinggi radikal bebas adalah makanan yang berlemak tinggi, makanan bergoreng, makanan yang dibakar di atas arang dan sebagainya.


Adakah Radikal Bebas ini bahaya?

Radikal bebas yang wujud secara berlebihan di dalam badan kita yang akan membentuk toksid dan secara tidak langsung memulakan tindak balas berantai secara mutasi yang akan memudaratkan sel-sel lain. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, nyanyuk, strok dan lain-lain lagi. Ini menjawab persoalan bahawa memang Radikal Bebas ini BAHAYA!


Apakah pencegahan daripada Radikal Bebas ini?

Berdasarkan makanan yang kita makan memang agak sukar untuk kita mencegah daripada radikal bebas ini. Walaubagaimanapun, bagi melawan daripada radikal bebas ini, tubuh badan kita memerlukan ANTIOKSIDAN. Cara terbaik untuk meningkatkan anti oksidan di dalam badan kita ialah makan makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti sayur-sayuran, kakacang, bawang putih dan buah-buahan. Di samping itu, terdapat juga beberapa makanan tambahan atau vitamin yang kaya dengan sumber antioksidan yang boleh kita amalkan. Antara vitamin yang mengandungi antioksidan ialah Vitamin A, Vitamin E dan vitamin C.

Di Shaklee, terdapat vitamin antioksidan dengan singkatannya ACE iaitu vitamin yang mempunyai sumber vitamin A,C dan E. Vitamin ini mengandungi sumber vitamin yang diperlukan oleh badan.

Maklumat lengkap berkaitan vitamin2 berikut anda boleh perolehi di entri-entri saya yang akan datang. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya.


Wednesday 7 November 2012

MealShake untuk anak anda

Adakah anda menghadapi masalah dengan anak2 yang tidak suka untuk makan? Susah untuk diberi makan terutamanya makanan yang tidak disukai?...Kadang2 kena pujuk baru nak makan. Untuk ibu2 di luar sana, jangan risau...sebab MealShake adalah penyelesaiannya. Perasa Vanila yang adala dalam MealShake ni mampu mengubah selera anak anda.


Khasiat MealShake:


1. Merupakan minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai kanak-kanak.

2. Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting

3. Rendah lemak dan rendah glisemik (Mealshake hanya mengandungi 0.5g lemak sebelum ditambah susu). Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohitrat ke atas paras glukosa darah. Indeks glisemik yang rendah mampu mencegah dan mengawal diabetis. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (Juli 2002) menyimpulkan bahawa makanan berindeks glisemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type 2.

 3. Sumber protien dan kalsium
 Untuk 1/2 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protien. Selepas mencampurkannya dengan susu, kandungan protien akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda bergantung pada jenis susu yang anda tambah.

4. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur.

5. Mealshake sesuai untuk kanak-kanak yang tiada selera makan, memilih makanan, selalu demam/kurang sihat, mempunyai athma & bronchitis dan mempunyai eczema.

Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Kenali Khasiat Vivix




Nak kelihatan muda dan cantik sentiasa memang dah jadi idaman semua. Siapa yang tak nak cantik kan....lebih2 lagi bila usia dah semakin bertambah dan sememangnya usia tak akan berundur pun. Tak dinafikan memang ada banyak produk di pasaran yang kita boleh dapat.

Tak perlu susah2 nak cari. Semuanya ada di sini. Memperkenalkan Vivix keluaran daripada Shaklee.


Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan poliferol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatun, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan poliferol.

Poliferol adalah kumpulan firokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel penuaan semulajadi. Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemui pada tumbuhan. Antiokdidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, pembuluh darah dan kanser. Kajian juga mendapati polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Polifenol boleh ditemui pada kacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, coklat hitam dan delima. Kadar polifenol yang tinggi boleh didapati pada kulit buah seperti pada anggur, apple dan jeruk.


 Berikut adalah khasiat Vivix
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun semakin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Kiranya ala2 awet muda gitu. :)



Berminat?
Hubungi atau SMS saya di 012- 68888 266
Fanpage : Vitamin Sihatku
www.vitaminsihatku.blogspot.com
ID Shaklee : 907331

Monday 5 November 2012

Awas! Risiko kekurangan protien

Protien adalah makanan yang penting dalam tubuh kita dan wajib diambil dalam kuantiti yang disarankan. Kalau kita tengok dalam piramid makan juga ada dinyatakan pengambilan protien ni. Tetapi apa pula yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan protien. Ada banyak risiko yang kita akan ahadapi sekiranya kita kurang mengambil makanan yang berasaskan protien ni. Dalam erti kata lain, protien adalah perlu dan penting dalam tubuh badan kita.

Berikut adalah antara risiko sekiranya kita kekurangan protien:

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam badan)
2. Penyakit buah pinggang
3. Penyakit hati
4. Kolestrol tinggi
5. Tekanan darah rendah
6. Kandungan gula dalam darah rendah
7. Fungsi saraf tak stabil
8. Ulser perut + usus
9. Luka lambat sembuh
10. Pengaliran darah tidak lancar
11. Penglihatan kurang baik
12. Badan menggeletar
13. Letih lesu
14. Lemah
15. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
16. Terencat akal
17. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
 
Adakah anda merasakan anda kekurangan protien. Inilah masanya untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan tubuh badan yang berterusan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada banyak sumber makanan yang ada khasiat protien ni dan salah satu daripadanya ialah pengambilan soya. Di Shaklee, ada produk yang dikenali dengan nama Energy Soy Protien (ESP)yang telah lengkap dengan kandungan soya yang tinggi dan dijamin selamat kerana bersifat non-GMO.

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di 012- 68888 266(call atau sms).

" Mencegah adalah lebih baik dari mengubati"

kredit
 

Sunday 4 November 2012

Tips memilih protien soya yang baik

Ada banyak bahan yang berasaskan soya di pasaran. Tetapi macammana untuk kita pastikan yang soya tersebut adalah yang terbaik?....Apa kriteria protien soya yang baik untuk kita amalkan? Berikut adalah antara tips bagi memilih protien soya yang terbaik.


1. Kacang soya mestilah Non GMO ~ apa itu non GMO? Sepertimana yang dah dinyatakan dalam produk ESP sebelum ini, non GMO  bermaksud kacang soya tersebut tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. Kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetiknya dah dimodified dan tidak lagi asli. Bila dah tak asli maka khasiatnya juga tidak lagi asli.

2. Kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik ~ maksudnya ditanam tanpa bahan kimia yang menyebabkan zat soya berkurangan selain zat kurang yang boleh menyebabkan kanser.

3. Protien soya mesti ada 9 asid amino lengkap ~ ini kerana badan kita memerlukan 9 asid amino ini yang diperolehi daripada sumber protien yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan. Asid amino pula digunakan untuk menghasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi dan lain-lain. Sekiranya satu jenis asid amino tak ada, maka immune sistem badan boleh berkurangan sebagai 30%.

4. Soya mesti dibersihkan/diasingkan dengan air bukan alkohol ~ Selain alkohol adalah haram bagi orang Islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavones dalam kacang soya.  Sekiranya soya tiada isoflavones khasiat soya langsung tidak wujud. Isoflavones juga terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. Oleh yang demikian, soya bukanlah penyebab kanser tetapi cara pemprosesan yang menyumbang kepada kualiti soya tersebut.

5. Proses pembuatan protien soya bukan melalui pemanasan ~ asid amino yang terdapat dalam protien soya adalah sangat sensitif kepada suhu yang tinggi.  Memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting yang penting sehingga 50%.

6. Bahan anti thyroid/anti growth substance mesti disingkirkan ~ cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protien soya tidak terjejas.

7. Product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium ~ ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah-faedah lain.

Produk ESP Shaklee mempunyai protien yang baik sepertimana yang dinyatakan di atas. ESP sangat sesuai dimakan kerana kandungan soyanya selamat untuk dimakan. So...apa lagi.....sekiranya berminat....boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Apa itu Isoflavones?

Umum dah tahu yang pengambilan produk soya adalah baik untuk kesihatan. Terdapat banyak manfaat daripada pengambilan produk soya yang berterusan termasuklah perlindungan terhadap penyakit kanser payudara, kanser prostat, gejala menopause, serangan jantung dan osteoporosis. Untuk makluman semua, segala manfaat kesihatan tersebut datangnya dari Isoflavones.


Apa itu Isoflavones?

Isoflavones mempunyai struktur kimia yang sama degan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.

Cara terbaik untuk mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat dari kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi dari kacang soya dan tempe! So, makanlah tempe selalu....:)


Manfaat kesihatan Isoflavones

1. Mengurangkan gejala menopause

2. Mengurangkan risiko serangan jantung
Isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati.

3. Meningkatkan kesihatan tulang

4. Mengurangkan risiko kanser
 Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavones bertindak melawan sel-sel kanser  seperti rawatan untuk kanser.

5. Isoflavones dari sumber tumbuhan
Isoflavones dapat ditemui pada banyak makanan dan sumber terbaiknya adalah kacang soya.


6. Isoflavones adalah antioksidan
Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes